facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kem motivasi bogel: 23 peserta didenda RM1,500

Sebahagian daripada tertuduh hadir ke Mahkamah Bentong, Pahang atas dakwaan berkelakuan lucah di tempat awam. FOTO Fariz Iswadi Ismail
SERAMAI 23 peserta lelaki kem motivasi didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bentong, Pahang, hari ini, atas tuduhan berkelakuan lucah dengan berbogel di sebuah resort, Januari lalu.
Majistret Khairuddin Anhar Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 19 hingga 23 tahun selepas semuanya mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara sebulan, jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berkelakuan lucah dengan berbogel di tempat awam di Selesa Hillhomes Resort, Bukit Tinggi, 5.30 petang pada 21 Januari lalu dan perbuatan itu mendatangkan kegusaran terhadap penduduk.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Sementara itu, lima lagi individu termasuk penganjur didenda RM1,500 selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) kanun sama yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Manakala lima lagi penganjur termasuk jurulatih didenda RM3,000 dan dipenjara sebulan bermula hari ini selepas mereka mengaku salah atas tuduhan sama. – Metro